Sunday, March 14, 2010

The Knights Templar

The Knights Templar (Pahlawan-pahlawan Templar) adalah sebuah kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1118 iaitu 20 tahun selepas tentera salib merampas Jerusalem dengan nama Order of the Poor Knights of Christ and of the Temple of Solomon (Ordo Pahlawan Miskin Pembela Kristus dan Kuil Sulaiman). Akan tetapi pada kenyataannya The Knights Templar hidup bergelumang dengan kekayaan dan kekuasaan yang dikutip daripada penziarah-penziarah dari Eropah ke Palestin. Pengasasnya ialah dua orang pahlawan Perancis iaitu Hugh de Payens dan Godfrey de St. Omer. Kemudian daripada sembilan orang pahlawan, mereka terus mengembangkan fahaman mereka.


Mereka inilah juga yang dikatakan memperkenalkan sistem cek dan kredit, yang kini banyak digunakan di bank-bank seluruh dunia. Raja Jerusalem begitu percaya kepada kesembilan pahlawan tersebut, sehingga mereka diberi markas yang berada di sayap kiri istana. Ternyata kamar-kamar pahlawan tersebut berada tepat di atas Kuil Sulaiman (Solomon Temple) atau yang biasa disebut Haikal Sulaiman. Dari sinilah nama The Knights Templar muncul. Daripada kamar-kamar itulah semua menjadi jelas bahawa motif The Knights Templar tersebut adalah untuk memburu harta karun di kuil Sulaiman dan juga untuk terus menjaga sebuah rahsia yang tersimpan didalamnya selama berabad-abad lamanya.


http://www.youtube.com/watch?v=i5hgSzcSyos (Rahsia sebenar The Knights Templar. Sila klik disini)


The Knights Templar telah dipengaruhi oleh suatu rahsia yang ditemui di Jerusalem, yang menjadikan mereka keluar daripada agama Kristian dan mula mengamalkan upacara-upacara pemujaan dan sihir. Dan rahsia itu telah banyak dibuktikan oleh pengkaji-pengkaji yang ianya ada kaitan juga dengan Kabbalah. Adalah tidak mustahil bahawa para pahlawan Templar ini telah menemui risalah-risalah sihir dari Kuil Sulaiman dan mengamalkannya demi untuk mendapatkan kuasa dan kegemilangan. Dan ada juga yang mengatakan bahawa The Knights Templar mempelajari Kabbalah daripada para rabbi di Jerusalem.

http://www.youtube.com/watch?v=rH1phewP9V8 (Bukti daripada al-Quran. Sila klik disini)

Apakah Harta karun Yang Ditemui oleh The Knights Templar di dalam kuil tersebut? Mengapakah mereka bertindak meninggalkan ajaran Kristian dan mengamalkan ajaran sihir selepas menemui harta karun tersebut? Sila klik disini http://www.youtube.com/watch?v=gIK6k94Ymx8

No comments:

Post a Comment