Wednesday, March 31, 2010

Pasukan Dajjal Dan Simbol-simbol Mereka


3 NA = NAZI + NASA + NAVY


Lambang atau simbol NAZI ini diberi nama Swastika. Asalnya ia juga merupakan simbol ‘Matahari’ bagi pengamal-pengamal ajaran purba, tetapi dihidupkan semula oleh Adolf Hitler dan menggunakannya sebagai simbol NAZI. Sila lihat pula gambar di bawah ini.


Gambar di atas ini diambil daripada gambar satelit. Ianya merupakan gambar sebuah bangunan di Amerika Syarikat. Tahukah anda bangunan apakah itu? Ia adalah bangunan pengkalan NAVY bagi tentera laut di California Selatan, Amerika Syarikat. Adakah bentuk itu terjadi secara kebetulan?

Gambar ini diambil pada tahun 2007 dahulu dan telah mendapat publisiti yang meluas. Bermacam-macam alasan dibuat bagi menutup hubungannya dengan pihak NAZI. Mungkin sekarang ini mereka telah mengubah balik bentuk bangunan tersebut. Tetapi sebab sebenar mengapa salah sebuah bangunan berek tentera NAVY tu menjadi seperti lambang Swastika NAZI masih menjadi misteri.

Ini kerana mengikut sejarah NAZI dahulu, ianya disokong dengan dana yang besar daripada pihak Illuminati sendiri.

Dan pengaruh NAZI bukan sahaja kepada NAVY, tetapi juga kepada NASA (National Aeronautic Space Administration). Di mana pengaruh NAZI kepada NASA adalah lebih kuat dengan banyak bukti termasuklah daripada bekas-bekas saintis NASA sendiri. NASA selama ini telah banyak melakukan pembohongan/hoax dan menyembunyikan fakta sebenar. Sebagai contoh tentang pendaratan Neil Armstrong ke bulan, itu hanyalah satu rekaan. Sebenarnya tiada manusia yang pernah menjejakkan kaki ke bulan kerana keadaan dipermukaan bulan amat merbahaya kepada manusia, dengan gas-gas beracun dan sebagainya.



Tambahan pula mungkin kerana Amerika sebelum itu tidak berpuas hati dengan Russia, kerana Russia menjadi negara pertama yang menghantar manusia mengelilingi bulan, iaitu angkasawan Yuri Gagarin. Maka tidak ada pilihan lain, Amerika kononnya ingin melakukan satu perintisan dengan menghantar manusia menjejakkan kaki ke bulan.

Kenapa penjejakan kaki manusia dibulan adalah satu hoax? Beberapa pakar sendiri telah menyatakan bahawa ianya hanya dirakamkan didalam studio dan kesan cahaya dari cahaya matahari dari gambar yang diambil di permukaan bulan itu adalah TIDAK LOGIK sama sekali!



Saintis-saintis roket NAZI dibawa masuk ke USA secara rahsia dan bertugas di NASA. Mereka digelar sebagai ‘Project Paper Clip Team’.

Project Paperclip Team

Walaubagaimana pun, bukanlah semua pekerja NASA dan NAVY Amerika itu terlibat dengan NAZI atau Illuminati. Tetapi maksud yang ingin disampaikan ialah organisasi itu sudah dikuasai oleh golongan pertubuhan rahsia yang dikenali sebagai Illuminati.

NAVY dapat memonitor laut dan udara, sedangkan NASA dapat memonitor keadaan angkasa lepas dan sewaktu dengannya. Perancangan mereka bukannya sembarangan tetapi diatur daripada segenap sudut dan ceruk dunia ini.

Cop Mohor Kerabat Diraja British Pada Produk-produk Di Pasaran

Pernahkah anda melihat simbol yang digunakan oleh kerajaan British ini yang biasanya dipanggil sebagai ‘Coat of Arms’?

Perhatikan simbol ini di bangunan-bangunan milik mereka.



Pintu pagar istana Buckingham, England



Bangunan Immigration Museum, Old Customs House, Australia


Chief Secretary’s Building, Australia


Dan perhatikan simbol ini yang mana walaupun tidak 100% sama, tetapi asasnya sama yang digunakan pada produk-produk rokok dan arak sebagai tanda pengenalan mereka.











Bells whisky

Golongan atasan Illuminati dikatakan mereka yang berasal daripada salah satu puak keturunan Yahudi. Pendek kata mereka adalah daripada keturunan Yahudi. Dan ada juga pendapat yang mengatakan mereka berketurunan Firaun. Tambahan pula ada 15 keturunan semuanya yang dikaji berada dalam tampuk pemerintahan Illuminati.