Setelah mengetahui bahawa gerakan Illuminati lah yang cuba menguasai dunia dengan ingin merealisasikan impian ‘New World Order’ atau ‘Tata Dunia Baru’ dan Tuhan yang akan diangkat oleh mereka untuk memerintah dunia adalah ‘The All Seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’ yang membawa makna Tuhan mereka itu bermata satu, maka ini sesuailah dengan amaran-amaran yang diberikan oleh Nabi Muhammad saw seperti dalam hadith-hadith di bawah;
Dalam Sahih Muslim ada sebuah Hadits yang bermaksud : “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472)
“Aku benar-benar akan memperingatkan kalian tentang Dajjal. Tidak ada seorang nabi melainkan ia pernah memperingatkan kaumnya tentang masalah tersebut. Tetapi aku akan mengatakan kepada kalian suatu ucapan yang belum pernah dikatakan oleh seorang nabi pun sebelumku. Dia itu (Dajjal) cacat (sebelah matanya) sedangkan Allah tidaklah cacat (sebelah mata)” (Sahih Jami’ Shogir 3495/ Al-Bany) Hadith Riwayat Bukhari.
http://www.youtube.com/watch?v=JYn1Eup2wqM (Bukti kewujudan keturunan Firaun Mesir pada hari ini. Sila klik disini.)
Freemasons mula muncul pada antar akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17, bermakna lama selepas diutuskan Nabi Muhammad saw. Sebelum Nabi Muhammad saw diutuskan, mereka dikenali dengan pelbagai watak yang antaranya Masons (tukang batu) dan sebagainya. Cuma dulu tiada lagi simbol yang digunakan oleh mereka sekarang dan tiada lagi simbol mata satu. Maka benarlah ramalan Nabi Muhammad saw berkenaan akan munculnya Dajjal bermata satu yang akan memerintah dunia kerana matlamat Freemasons dan sekutu-sekutunya sekarang adalah untuk memerintah dunia dan mereka mengagungkan simbol ‘Mata Satu’ mereka itu. Dan mereka juga adalah anti-Kristian dimana penganut-penganut Kristian juga meramalkan kemunculan mereka berdasarkan daripada kitab Bible dan menjadi musuh kepada Kristianiti.
http://www.youtube.com/watch?v=RU7kWKcogAE (Adakah suatu kebetulan golongan elit memilih ‘Mata Satu’ sebagai lambang mereka? Sila klik disini.)
Maka sudah jelas disitu, tidak lain dan tidak bukan, pasukan Dajjal tersebut adalah The Freemasons dan sekutu-sekutunya yang berlindung disebalik nama Illuminati. Maka tidak perlu lagi kita menanti kemunculan Dajjal kerana sebenarnya dia telah muncul dan pengaruhnya menular ke serata pelusuk dunia sekarang ini dengan bermacam cara. Yang penting sekarang kita perlu sentiasa amalkan membaca ayat-ayat dan doa untuk berlindung daripada fitnah Dajjal.
Mereka menunjukkan syurga dunia kepada kita sekarang iaitu kemewahan, alat-alat canggih, hiburan-hiburan dan seumpamanya. Manakala mereka yang tidak mahukan semua itu diibaratkan berada dalam neraka sekarang kerana bagi mereka kehidupan tanpa perkara-perkara tadi adalah membosankan, tidak seronok, tidak memuaskan dan sebagainya.
http://www.youtube.com/watch?v=BBegYJfy7cI (Pengikut Dajjal telah pun bersedia menunggu ‘Penyelamat Palsu’ mereka)
Tentang syurga dan neraka yang dibawa oleh Dajjal, anda boleh membacanya didalam kandungan khutbah Rasulullah saw berkenaan Dajjal dan antara isinya bermaksud, “di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang diseksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.”
Doa Berlindung Dengan Allah Daripada Fitnah Dajjal
1- Sepuluh ayat permulaan Surah al-Kahfi dan sepuluh ayat terakhir.
“Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal” (HR. Muslim no. 809)
“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari Dajjal.” Didalam riwayat yang lain disebutkan, “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari Dajjal.” (HR. Muslim)
2- Baca doa elak fitnah Dajjal, berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Doanya berbunyi begini :
اللهم اني اعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال
Maksudnya : “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu daripada siksa kubur, siksa neraka, daripada fitnah hidup dan mati, dan daripad fitnah al-Masih Dajjal .”
Ada beberapa doa lain lagi yang lebih kurang sama dengan doa diatas ini seperti mana yang tercatit pada hadith-hadith Nabi Muhammad saw. Semoga Allah swt memelihara kita dan menjauhkan kita daripada fitnah Dajjal.
Teori Mengenai Dajjal
Disini disertakan dua teori mengenai Dajjal.
Teori 1 : Dajjal adalah satu bentuk ideologi
Teori ini mengatakan bahawa Dajjal itu telah wujud sekarang dimana semua tanda-tanda kemunculan Dajjal yang disebut didalam al-Quran serupa dengan tanda-tanda yang telah pun ada pada masa kini. Persoalannya sama ada kita sedar atau pun tidak sahaja. Contohnya:
- Dajjal bermata satu. Tanda dan simbol ini kita boleh rujuk pada lambang 'the all seeing-eye' yang terdapat pada USD $1.
http://www.youtube.com/watch?v=zaX-fZ5hx3Y (Dajjal Sudah Muncul?)
- Dajjal boleh menyebarkan maklumat sepantas kilat. Itu boleh dikaitkan dengan internet.
- Dajjal boleh bergerak seperti angin. Itu boleh dikaitkan dengan jet pejuang.
- Dajjal boleh membelah gunung-ganang. Itu boleh dikaitkan dengan bom atom, bom nuklear dan bermacam-macam jenis bom lagi.
- Segala pembohongan Dajjal (Fitnah Dajjal) akan dipercayai semua orang. Perkara ini boleh dikaitkan dengan tragedi 11 September kerana dipercayai tragedi ini merupakan satu teori konspirasi kearah perlaksanaan ‘New World Order’.
Teori 2 : Dajjal adalah satu individu atau manusia berjasad
Teori ini merupakan teori yang dipercayai oleh kebanyakan orang ramai pada masa kini hasil pemahaman mereka secara kasar dimana Dajjal akan muncul diakhir zaman sebagai raksasa bermata satu yang bergerak seperti angin, boleh memotong gunung, dan sebagainya.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya apa yang dipaparkan disini bukanlah bertujuan untuk mengatakan mana-mana teori identiti Dajjal itu adalah betul. Cuma apa yang disampaikan disini adalah bertujuan untuk membuka minda para pembaca supaya sentiasa berfikir secara rasional dan realistik bagi mengaitkan hal berkaitan kedatangan Dajjal dengan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada akhir dekad ini selain saling ingat-mengingati dan berpesan-pesan antara satu sama-lain.
Artikel yang mengatakan Dajjal adalah satu ideologi itu sendiri telah menyatakan ketidak pastiannya terhadap teori tersebut. Sesungguhnya petanda-petanda akhir zaman seperti yang dijelaskan didalam al-Quran telah banyak dan boleh dilihat dengan jelas cuma kita yang mungkin tidak menyedarinya. Semoga kita menjadi antara kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk Nya.
alhamdulillah..dgn ada mklumat cmni,blhla kite menyarankan diri sndri agar jauh dri p'kara2 yg menyesatkan..
ReplyDeletepada pendapat saya dajjal akan dilahirkan oleh keluarga yahudi dan akan muncul apabila istananya siap dibina diatas runtuhan masjid Al Aqsa di baitulmaqdis..dan akan mempunyai sihir dan teknologi sains untuk menipu semua orang yang kononnya dia mempunyai mukjizat..dan mata nya adalah seperti biasa bukan buta mata..tapi buta mata hatidan tidak akan mendapat petunjuk dari Allah..apa2 pun Allah yang maha mengetahui.
ReplyDelete