Saturday, March 13, 2010

Ilmu Sihir (Black Magic)

Mengapa orang belajar dan mengamalkan ilmu sihir? Sudah tentu ada banyak jawapannya. Antaranya ialah kerana mahukan kemahsyuran, kekuasaan, kemewahan, kekuatan, kekebalan, kecantikan dan seumpamanya. Proses pembelajaran dan pengamalan ilmu sihir ini jangan disangka sudah tiada, malah ia semakin berleluasa dan digemari ramai.

Dahulu pernah ada satu pengakuan daripada seorang bekas pengamal ilmu sihir, dan antara ceritanya, dia mengatakan kebanyakan babak yang dipaparkan didalam filem Harry Potter, tentang proses pembelajaran, perjalanan alam itu lebih kurang sama dengan apa yang betul-betul ada. Filem itu juga sebenarnya diolah daripada alam realiti juga, cuma diputar belit dan diolah agar manusia melihat ada sihir baik dan ada sihir yang jahat. Alam sihir juga ada pentadbirannya sendiri, ada perjumpaan tahunan, dan tidak ketinggalan ada usaha-usaha memata-matai rumah orang awam. Mereka datang mengintai ke rumah kita tanpa kita sedari.


Harry Potter

Mesir sudah dikenali umum sebagai tempat bermulanya segala ilmu sihir yang ada di muka bumi ini. Dan pengaruh sihir semakin popular dan tersebar luas sejak zaman Firaun lagi. Dan sebagaimana semua telah maklum, ahli-ahli sihir di zaman Firaun Merneptah, telah dikalahkan oleh Nabi Musa a.s dengan mukjizatnya.

Ada kalangan Yahudi dahulu mengatakan bahawa mereka belajar ilmu sihir daripada Nabi Sulaiman a.s. Sedangkan Allah s.w.t berfirman dengan jelas dalam al-Quran bahawa Nabi Sulaiman a.s tidak mengajarkan ilmu sihir kepada mereka.


Al-Quran

“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya ujian (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 102)

Itu lah antara sejarah berkembangnya penggunaan ilmu sihir, setelah asalnya ilmu itu jatuh ke tangan manusia-manusia yang tidak bertanggung-jawab. Sebab itu lah kita lihat sekarang ini banyak lagi sihir yang mengganggu ketenteraman rumahtangga hingga menyebabkan pergaduhan yang besar dan bercerai berai. Syaitan yang mahir dalam urusan mengganggu ketenteraman rumahtangga dan menyebabkan perselisihan antara suami dan isteri seperti yang tersebut didalam ayat diatas bergelar Dasim.


http://www.youtube.com/watch?v=os6-r1Kghh4 (Mesej ilmu sihir melalui muzik)


Ilmu sihir semakin popular

Oleh kerana itulah hari ini kita dapat lihat sihir semakin menjadi popular dan diminati ramai. Sebagai contohnya kita boleh saksikannya didalam kebanyakan filem Hollywood, pertunjukan-pertunjukan silap mata yang semakin popular, kumpulan-kumpulan ilmu kebatinan (yang menggunakan perantaraan jin) dan sebagainya. Dan sihir telah sebahagian besarnya dipromosikan oleh Illuminati dengan mempengaruhi secara halus minda manusia daripada zaman kanak-kanak lagi.

Jika zaman dahulu, kebanyakan ahli sihir akan dibenci dan ditangkap serta dibakar hidup-hidup. Tetapi kini ahli-ahli sihir kebanyakannya menjadi manusia popular yang diminati ramai dan sihir semakin digemari ramai juga. Tidakkah keadaan ini sudah menjadi terbalik dan bukan yang sepatutnya? Fikir-fikirkan lah...

1 comment: