(Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar)
Illuminati adalah suatu pertubuhan rahsia yang dibentuk pada1 Mei tahun 1776 oleh sejumlah keluarga atau dinasti bangsawan dari Eropah, yang terdiri daripada beberapa pertubuhan besar seperti Freemasons, Skull and Bones, Bohemian Grove, dan beberapa pertubuhan lagi. Illuminati dalam bahasa Arab ialah ‘an-Nuraniyyin’ yang bermaksud ‘Pemegang Cahaya’. Illuminati memberi erti sebuah pemerintahan Iblis (Lucifer) sebagai pemerintah tunggal dunia. Ia merupakan pertubuhan Mistik Occult yang giat memperalatkan apa sahaja cara untuk menghancurkan semua kerajaan dan agama untuk melahirkan pemerintahan dunia baru yang digelar ‘The New World Order’ (NWO). Iluminati masih berkuasa sampai sekarang. Mereka bekerja secara rahsia melalui pemerintahan (terutama Amerika Syarikat dan Israel), Perusahaan-perusahaan besar, Media Massa (FOX News, CNN), Badan Risikan (CIA), Badan Politik (UN), dan Badan Teknologi dan Sains (NASA).
http://www.youtube.com/watch?v=CH-rmht54k8 (Bagaimana mereka cuba menguasai minda manusia. Sila klik disini.)
Konspirasi Illuminati Untuk Memuja Iblis
Pertubuhan-pertubuhan ini menjadikan kemewahan, kemashyuran, kekuasaan dan sebagainya kepada ahli-ahlinya. Oleh sebab itu lah ramai daripada mereka yang mewah, mahsyur dan memegang kuasa dunia sekarang terutamanya dalam kerajaan Amerika Syarikat. Konsepnya sama apabila seseorang itu membela jin, maka jin itu akan memberi kemewahan, kemahsyuran dan kuasa kepadanya dan akhirnya dia terus sesat dengan jin tersebut. Dan jangan terkejut, itulah konsep yang berlaku kepada kuasa-kuasa besar dunia daripada dahulu hingga sekarang, pengaruh iblis dan syaitan daripada golongan jin amat banyak terhadap mereka. Dan ramai juga ahli-ahli ilmuwan yang memiliki kelulusan tinggi termasuk PhD yang menjadi ahli mereka dan menjalankan aktiviti pemujaan syaitan.
http://www.youtube.com/watch?v=wemyLkMIg1c (Mereka merupakan pengikut Iblis dan syaitan yang sedang menunggu kedatangan ketua mereka Dajjal. Sila klik disini)
Gerakan mereka betul-betul secara halus dan teliti, dan kadang-kala diselitkan dalam rancangan kartun untuk kanak-kanak. Disini disertakan contoh satu rancangan kartun di televisyen yang pernah disiarkan dahulu. Rancangan kartun tersebut bertajuk ‘He Man : Masters of The Universe‘. Tidak pasti sama ada itu pengaruh daripada illuminati atau secara kebetulan. Cuma saya mahu kita berhati-hati dengan rancangan kartun sebegitu yang boleh mempengaruhi minda kanak-kanak. Jika anda perhatikan, He Man sememangnya melawan penjahat berwajah tengkorak yang digelar Skeletor. Nampak bagus bukan? Tetapi sedarkah kita ketika dia mahu mendapatkan kuasanya itu, He Man menyeru “By the power of Greyskull, I AM HE MAN!!!”. Itu lah dialog oleh He Man yang jika anda terjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermakna, “Dengan kuasa Tengkorak Kelabu, aku lah He Man!!!”
Nampak disitu He Man menyeru kuasa daripada 'Tengkorak Kelabu'. Dan begitulah dengan rancangan-rancangan kartun yang lain. Waspadalah dan beritahulah anak-anak atau adik-adik anda tentang bahaya pengaruh disebalik media massa ini kerana konspirasi terbesar dunia menumpukan sasarannya kepada semua golongan termasuklah kanak-kanak yang mudah dilenturkan dan dididik.
http://www.youtube.com/watch?v=fDORQQXHsao (Penguasaan Illuminati terhadap minda kanak-kanak. Sila klik disini)
No comments:
Post a Comment